Page 64 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 64
Bab 1
Sektor Kedua
Pembuatan dan Kejuruteraan Pembekalan tenaga Pembinaan
pengilangan
Rajah 1.12 Sektor kedua
(i) Pembuatan dan Pengilangan
Terdapat perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pembuatan dan
pengilangan. Penghasilan barang melalui proses transformasi
input kepada output yang lebih bernilai. Contohnya, kilang
pembuatan roti menjalankan transformasi daripada bahan
mentah (tepung) kepada roti.
(ii) Kejuruteraan
Kejuruteraan menyediakan jentera, mesin dan peralatan untuk
pengeluaran. Jenis mesin yang diperlukan bergantung pada jenis
aktiviti pengilangan yang dijalankan.
Sebuah kilang mungkin memerlukan peralatan saintifik
untuk pengeluaran manakala sebuah kilang yang lain memerlukan
jentera berat dalam proses pengeluarannya. Contohnya, Proton QR Code
Holdings Berhad memerlukan mesin khas yang bersesuaian Proton Holdings Berhad
untuk menghasilkan kereta mengikut reka bentuk dan kualiti http://www.proton.com.my
yang telah ditetapkan.
EMK
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Soalan:
Jelaskan kepentingan sektor
kedua kepada aktiviti yang
dijalankan oleh sektor utama dan
sektor ketiga.
Gambar foto 1.24 Teknologi kejuruteraan
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 47
Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd 47 11/7/16 12:14 PM

