Page 63 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 63

Bab 1                              1.4.2  Sektor Perniagaan



                                             kedua dan sektor ketiga. Ketiga-tiga sektor saling memerlukan
                     Minda Kreatif           Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga, iaitu sektor utama, sektor
                                             dalam memastikan aktiviti perniagaan berjalan lancar tanpa
                 Jelaskan peranan sektor utama,   sebarang masalah.
                 kedua dan ketiga dalam memacu
                 pertumbuhan ekonomi negara.
                                             (a) Sektor Utama (Primer)
                                             Sektor  utama  meliputi  semua  aktiviti  pengekstrakan  sumber
                                             semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau hasil
                                             alam semula jadi dari bumi atau laut. Aktiviti perniagaan yang
                                             dijalankan dalam sektor utama akan memberikan nilai tambah
                                             kepada hasil yang diperoleh seperti yang ditunjukkan dalam
                                             Rajah 1.11 yang berikut:



                                                      Sektor Utama




                    Perlombongan            Pertanian           Pembalakan             Perikanan

                   •  Petroleum dan     Tanaman jualan        Kayu merbau,         Perikanan laut
                     gas asli           untuk pasaran         cengal, meranti,     dalam, pinggir
                   •  Emas, kuprum      tempatan atau         seraya dan keruing   pantai, air tawar,
                     dan bijih timah    eksport seperti                            akuakultur dan
                   •  Mineral lain      kelapa sawit                               ikan hiasan
                     bukan logam        dan getah

                                                 Rajah 1.11  Sektor utama


                                             (b) Sektor Kedua (Sekunder)

                                             Sektor kedua melibatkan  pemprosesan bahan mentah  untuk
                                             menghasilkan barang  siap atau barang separuh siap.    Nilai
                                             tambah yang dihasilkan dalam sektor ini lebih tinggi berbanding
                                             dengan sektor utama. Industri pembinaan dan pembekalan kuasa
                                             elektrik juga termasuk dalam sektor kedua.

                                             Sektor kedua boleh dikategorikan kepada empat seperti yang
                                             ditunjukkan dalam Rajah 1.12 yang berikut:



                Kenal pasti aktiviti yang termasuk dalam sektor utama di kawasan anda.
                1  Bincangkan kelebihan sektor utama yang sedang dijalankan untuk masyarakat tempatan.
                2  Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan sumber yang digunakan terus
                   terpelihara dan dikomersialkan secara sistematik.

              46    BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan






       Bab1_Txtbk Perniagaan Tg4-7/11.indd   46                                                        11/7/16   12:14 PM
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68