Page 82 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 82

2.1      Peranan Kerajaan

                            dalam Menangani

                            Isu-isu Tempatan,

                            Negara dan Serantau



                 Kerajaan  memainkan peranan yang penting dalam menangani
                 isu-isu berkaitan pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi dan    Cintai Negara                Bab 2
                 kemelesetan ekonomi yang berlaku pada peringkat tempatan,    Perniagaan perlu melibatkan
                 negara dan serantau. Antara kementerian yang sedia membantu   penyertaan semua kaum
                 perniagaan bersaing pada peringkat domestik dan antarabangsa   dalam sistem operasi bagi
                 adalah  seperti  Kementerian  Perdagangan  Antarabangsa  dan   memperkukuh perpaduan kaum
                 Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,    di Malaysia.
                 Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi kerajaan
                 seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
                 (MATRADE) dan Bank Negara Malaysia (BNM).


























                                Gambar foto 2.1  Bank Negara Malaysia                QR Code
                                                                                  Bank Negara Malaysia
                     Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat yang         http://www.bnm.gov.my
                 berperanan untuk memantau dan mengawal keadaan ekonomi
                 negara termasuklah dalam bidang perniagaan. Bank Negara
                 Malaysia juga turut berperanan untuk meningkatkan kestabilan
                 kewangan bagi pertumbuhan ekonomi dan perniagaan Malaysia.

                     Pada  masa  yang  sama,  Bank  Negara  Malaysia  berfungsi
                 untuk  mengawal selia  infrastruktur  sistem pembayaran negara
                 yang menekankan aspek  kecekapan  dan keselamatan  sistem
                 kewangan negara.
                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  65






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   65                                                       11/7/16   1:43 PM
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87