Page 85 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 85
(i) Aspek Perundangan
Dari aspek perundangan, kerajaan Malaysia mempunyai kuasa
untuk menggubal sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan
perniagaan melalui Parlimen Malaysia. Hal ini bagi memastikan
aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar supaya semua
isu tempatan, negara dan serantau dapat diatasi dengan baik.
• Penggubalan Undang-Undang
Bab 2 EMK Terdapat beberapa akta yang telah diwujudkan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.2 yang berikut:
Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
Kemudian bentangkan.
Soalan:
Jelaskan kebaikan
undang-undang yang
telah digubal kepada
perniagaan tempatan. Akta Akta Jualan Akta Sewa
Kontrak Barangan Beli 1967
1950 1957
Akta Akta Akta
Perkongsian Syarikat Perhubungan
1961 1965 Industri 1967
Buletin Keusahawanan
(Pindaan 1980)
Parlimen
Parlimen ialah kuasa Rajah 2.2 Contoh akta dalam perniagaan
perundangan bagi Malaysia.
Parlimen berperanan menggubal
undang-undang untuk Setiap akta digubal bertujuan untuk mengawal perjalanan
dikuatkuasakan di negara ini. aktiviti perniagaan bagi menangani isu tempatan, negara dan
Parlimen Malaysia berbentuk serantau dalam aspek perundangan. Setiap isu atau perkara
bicameral, iaitu terdiri daripada yang wujud dalam sesebuah perniagaan yang berkaitan
dwidewan (Dewan Rakyat dan dengan pihak kerajaan dan undang-undang akan diselesaikan
Dewan Negara).
Sumber: Dipetik dan disesuaikan melalui agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
daripada laman sesawang http:// Pihak kerajaan juga berperanan untuk memastikan setiap
www.parlimen.gov.my)
perniagaan yang dijalankan mesti didaftarkan. Pendaftaran
perniagaan boleh dibuat berdasarkan entiti perniagaan yang
ditubuhkan serta tertakluk kepada akta yang berkaitan.
Contoh
Semua syarikat perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM). Syarikat perlu mematuhi segala syarat yang termaktub di
bawah Akta Syarikat 1965.
68 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 68 11/7/16 1:43 PM

