Page 3 - PowerPoint Presentation
P. 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG
JALAN BAYAN, BANDAR BARU KOTA PUTERI,
81750 JOHOR BAHRU,
Tel/Fax: 07-3881720
JOHOR DARUL TAKZIM
JBA1085 Email : jba1085skskp@gmail.com
...........................................................................................................................................................
Ruj Kami : ................................../( )
Tarikh :01 Januari 2021
Semua Guru dan AKP
SK Seri Kota Puteri,
81750 Masai,
Johor.
Tuan,
PELANTIKAN RASMI TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB 2021
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan secara rasminya, saya selaku Guru Besar SK Seri Kota Puteri, melantik
tuan/puan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti tersenarai di dalam ”Manual Pengurusan
Sekolah 2021” berkuatkuasa 1 Januari 2021. Sebarang perubahan tugas dan tanggungjawab
tuan/puan (jika ada) hanya berkuatkuasa setelah dimaklumkan secara bertulis.
3. Pihak pengurusan sekolah meyakini tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan penuh
komitmen dan bertanggungjawab, serta mengamalkan sikap proaktif, inovatif dan kreatif bagi
meningkatkan profesionalisme keguruan ke tahap yang cemerlang dan terbilang. Tuan/puan juga
diberikan kuasa (empowerment) mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut
pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan pekeliling Guru Besar.
4. Pengurusan yang cemerlang melibatkan Planning, Organizing, Leading and Controlling
(POLC) dan dikemaskini dengan Putaran Derning PDCA (Plan, Do, Check, Act) bagi peningkatan
kualiti kerja kita. Semua tugas dan tanggungjawab ini akan menjadi asas penilaian prestasi tuan/puan
di akhir tahun. InsyAllah dengan berkat keikhlasan dan kejujuran melaksanakan tugas dan
tanggungjawab, tuan/puan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
....................................................
(SITI FARIDAH BINTI JURANI)
Guru Besar
SK Seri Kota Puteri,
Johor Darul Ta’zim.

