Page 8 - PowerPoint Presentation
P. 8
SETITIS TINTA SECEBIS BICARA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Salam Sejahtera
S elamat Tahun Baharu 2021 dan Selamat Kembali Bertugas kepada semua warga SK
Seri Kota Puteri. Mudah-mudahan kita semua dapat kembali cergas dari segi fizikal dan
mental untuk terus menyambung tugas dengan penuh kegigihan bagi mencapai visi dan
matlamat 2021.
Pendidikan dewasa ini semakin kompleks bukan hanya dari sudut silabus malah ia
menuntut cara berfikir yang semestinya lebih kritis dan kreatif. Tiada lagi keperluan untuk
kita mendidik anak-anak didik kita dengan budaya mengingat dan menghafal semata-mata.
Sebaliknya, kita harus mampu untuk melahirkan generasi yang boleh berfikir secara
strategik, merancang dan membuat keputusan secara strategik. Lantas baharulah generasi
kita mampu bersaing di peringkat global pada masa akan datang.
Untuk mencapai hasrat ini, saya menyeru rakan-rakan guru agar terus kompetitif
dengan masing-masing sentiasa berlumba-lumba untuk merancang dan melaksana sesi
PdPC yang menarik, berkualiti dan memberi impak positif yang besar kepada kecemerlangan
anak didik. Dengan persekitaran kurikulum yang dinamik yang menyedia dan membekalkan
pelbagai sumber pembelajaran dan pengajaran, pastinya tiada sebab mengapa hasrat dan
cita-cita ini tidak dapat dicapai.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Penerbitan
yang telah menyediakan bahan dan membantu menerbitkan Buku Pengurusan ini. Mudah-
mudahan ia dapat dijadikan rujukan dalam pengurusan kita dari semasa ke semasa.
Akhir kata, saya doakan semoga bidang kurikulum dan akademik sekolah kita terus
meningkat dari pelbagai aspek.
Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.
B.SHAJI A/L P.BALAKRISHNAN
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Seri Kota Puteri
8

