Page 6 - PowerPoint Presentation
P. 6

KATA ALU-ALUAN

                                             PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
                                                     PASIR GUDANG







          A    lhamdulillah, dipanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
                               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

          kurnia dan inayat-Nya, saya diberi kesempatan ini untuk menukilkan sepicing bicara dalam
          manual ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan atas inisiatif serta prakarsa yang dilakukan
          oleh semua pihak, khususnya kepada jawatankuasa penerbitan kerana memperlihatkan
          komitmen yang jitu untuk memastikan manual sekolah terus menjadi wadah penyampaian
          informasi untuk memenuhi aspirasi dan hala tuju dalam pendidikan pada masa ini.
                Sesungguhnya, penerbitan manual sekolah dapat mencerminkan keperibadian dan
          perwatakan seluruh warga sekolah di daerah ini yang sentiasa bersedia untuk memacu
          suatu pencapaian yang lebih tinggi dari masa ke masa. Manual sekolah akan menjadi suatu
          dokumentasi yang penting untuk menjanakan kecemerlangan kerana dalam manual ini,
          terhimpun segala catatan pengurusan dan pentadbiran yang dapat menjadi pemangkin ke
          arah pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
          2013 – 2025 (PPPM). Dalam usaha Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk
          melangkah lebih jauh ke hadapan untuk memenuhi aspirasi yang terkandung dalam moto
          yang mutakhir “Teguh Bitara: Konsistensi dan Sinergi Memacu Kejayaan”, kolaboratif dan
          komitmen yang padu mestilah digembleng secara terancang. Saya percaya bahawa usaha
          yang bersepadu dan berterusan amat diperlukan, khususnya ketika negara kita sedang
          dilanda ancaman wabak Covid-19 yang telah mewujudkan suatu norma baharu dalam
          pendidikan yang lebih berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.
                Kompetensi pemimpin dan kesiapsiagaan para pendidik untuk melestarikan
          kecemerlangan pendidikan melalui pelbagai wahana amat dituntut untuk memastikan
          kebitaraan daerah Pasir Gudang dalam era pendidikan yang semakin kompleks dan
          mencabar. Kita seharusnya memandang jauh ke hadapan untuk melakarkan kegemilangan
          dalam semua aspek, khususnya dalam bidang pengurusan pendidikan, kurikulum dan
          kokurikulum. Pemimpin di sekolah perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dan
          menjadi teladan yang terbaik untuk mengurus perubahan dan inovasi, kemahiran
          instruksional, dan pengurusan sumber dan operasi ke arah pembangunan pendidikan yang
          holistik. Sasaran yang kita tekadkan bersama-sama, iaitu pembinaan Sekolah Berkualiti dan
          Kemenjadian Murid perlu diutamakan walaupun berlaku rombakan yang besar dalam sistem
          pendidikan angkara penularan wabak Covid-19 ini. Saya amat yakin dan percaya bahawa
          kita memiliki kemampuan dan keupayaan untuk memastikan segala agenda yang dirancang
          dapat direalisasikan.
                Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas usaha
          yang dicurahkan untuk penerbitan manual ini. Saya berharap agar usaha ini akan sentiasa
          diberkati Allah SWT dan mendapat rahmat daripada-Nya.
          Sekian, terima kasih.
          HAJI KUSWANDI BIN TAYEN
          Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang                                                           6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11