Page 7 - PowerPoint Presentation
P. 7
AMANAT
GURU BESAR
HAJAH SITI FARIDAH BINTI HAJI JURANI
Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
T Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
erdahulu, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan
penghargaan kepada Jawatankuasa Penerbitan yang telah dapat menerbitkan Manual
Pengurusan dan Pentadbiran 2021. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana Manual
Pengurusan edisi kali ini telah dibuat penambahbaikan dan pemurnian agar info yang
dikongsikan lebih jelas dan tepat untuk rujukan dan semakan semua.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan rasa gembira yang tidak terhingga atas
pencapaian dan prestasi sekolah sepanjang tahun 2020 sama ada di bidang akademik
mahupun di bidang kokurikulum. Sesungguhnya SK Seri Kota Puteri telah mampu bersaing
secara kompetitif, sekali gus meletakkan namanya di persada kejayaan di pelbagai bidang, di
pelbagai peringkat.
Walaupun sesi persekolahan tahun 2020 melalui pelbagai cabaran terutama bagi
murid-murid tahun 6 yang tidak dapat menduduki peperiksaan UPSR atas faktor pandemik
Covid19, namun, kita merasakan bahawa usaha guru sentiasa gigih untuk mendidik mereka
untuk menjadi insan yang terbaik. Sehubungan itu, saya menyeru agar semua guru terus
komited untuk meningkatkan kecemerlangan sedia ada.
Di bidang Kokurikulum pula, sekolah telah berjaya melahirkan atlit berbakat dalam
bidang olahraga dan permainan. Nama sekolah semakin harum apabila para atlit yang
dilahirkan berjaya bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya, inilah kejayaan
manis yang sempat dikecapi dalam tempoh setahun menerusi program sukan yang
sistematik dan strategik di bawah pengurusan Kokurikulum. Tahniah!
Guru-guru dan warga sekolah yang dikasihi,
Dunia pendidikan masa kini sentiasa dinamik dan berubah bagi memenuhi visi dan
misi yang ditetapkan. Untuk itu, saya mengharapkan semua guru sentiasa peka dan sedar
akan perubahan dan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di peringkat nasional serta
inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di peringkat jabatan dan daerah. Bagi mencapai visi, misi
dan KPI kita, marilah kita terus menggembeleng tenaga dalam melaksanakan program-
program yang memberi impak dan manfaat besar kepada sekolah kita.
Akhir kata saya berdoa semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati dan
mempermudah semua urusan dan usaha kita menunaikan amanah dan tanggungjawab
memajukan anak bangsa. Sekian. Selamat Maju Jaya.
HAJAH SITI FARIDAH BINTI HAJI JURANI
Guru Besar
SK Seri Kota Puteri, Masai
7

