Page 7 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 7

PIAGAM PELANGGAN JEMAAH NAZIR KPM


             Kami, warga Jemaah Nazir dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan
              tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996,
              dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk :

                 1. Melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima
                     (5) tahun bagi sekurang-kurangnya 70 peratus sekolah.

                 2. Memberi  nasihat  kepada  setiap  institusi  pendidikan  yang  diperiksa
                     semasa  Perjumpaan  Penutupan  pada  hari terakhir  setiap  pemeriksaan
                     bagi   membolehkan      institusi   berkenaan   mengambil      tindakan
                     penambahbaikan.

                 3. Menghantar  dapatan  pemeriksaan  secara  bertulis  kepada  institusi
                     pendidikan yang diperiksa:

                     a. Dalam  tempoh  10  hari  bekerja  selepas  tamat  pemeriksaan  bagi

                         Pemeriksaan  Penarafan  Pembelajaran  dan  Pengajaran  (PdP),
                         Pemeriksaan  Penarafan  Institusi  Pendidikan  dan  Pemeriksaan
                         Penarafan Pelaksanaan Dasar atau Program Pendidikan; dan

                     b. Pada hari akhir semasa Perjumpaan Penutupan bagi Pemeriksaan
                         Tindak Ikut.

                 4. Mengemukakan Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan

                     kepada Menteri Pendidikan:

                     a. Pemeriksaan Penarafan PdP dalam tempoh 40 hari bekerja selepas
                         tamat pemeriksaan;

                     b. Pemeriksaan  Penarafan  Pelaksanaan  Dasar  atau  Program
                         Pendidikan  dalam  tempoh  40  hari  bekerja  selepas  tamat
                         pemeriksaan; dan


                     c. Pemeriksaan Penarafan Institusi Pendidikan dalam tempoh 45 hari
                         bekerja   selepas tamat pemeriksaan.

                 5. Mengemukakan senarai taraf institusi pendidikan berdasarkan Standard
                     Kualiti Pendidikan Malaysia kepada Pengurusan tertinggi KPM pada bulan
                     April setiap tahun.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12