Page 10 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 10
Info Ringkas
AKTA PENDIDIKAN 1996
BAHAGIAN X
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Bab 1: Jemaah Nazir
Kewajipan Ketua Nazir.
117. Ketua Nazir hendaklah:-
(a) bertanggungjawab dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa
yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf
pengajaran yang memuaSKan diwujudkan dan dikekalkan di
institusi pendidikan;
(b) memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi
pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang
difikirkannya sesuai.
(c) apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri,
memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi
pendidikan itu diperiksa; dan
(d) menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan
pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan
oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.

