Page 11 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 11

Info Ringkas




                Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikan nasihat.

                118.  Ketua  Nazir  atau  Nazir  Sekolah  boleh  memberikan  nasihat  kepada
                pengelola  atau  mana-mana  orang  lain  yang  bertanggungjawab  ke  atas
                pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-

                perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran




               Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah.

               119.  Ketua  Nazir  atau  Nazir  Sekolah  tidak  boleh  mengeluarkan  apa-apa

               perintah  atau  arahan  kepada  pengelola  atau  mana-mana  orang  lain  yang
               bertanggungjawab  ke  atas  pengurusan  sesuatu  institusi  pendidikan  kecuali

               setakat yang dia diberi kuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

               Akta ini.



                 Laporan Nazir Sekolah.

                 120. (1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri

               tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117,

               dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorSKan

               apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu.

               (2)  Laporan  tentang  suatu  institusi  pendidikan  yang  dikemukakan  di  bawah

               subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri,

               disediakan  untuk  didapatkan  oleh  mereka  yang  bertanggungjawab  ke  atas
               pentadbiran institusi pendidikan itu dan mana-mana guru di institusi pendidikan

              itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah
              disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16