Page 12 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 12

Info Ringkas



                                                Bab 2: Am


              Kuasa am Nazir Sekolah.

              121.   Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di

              bawah seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini

              disebut "Nazir") boleh

                    (a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan;

                        dan

                    (b) menghendaki  pengerusi  lembaga  pengelola  atau  pengelola  atau
                        mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

                        institusi  pendidikan  itu  atau  guru      atau  pekerja  atau  orang  yang

                        ditemui di institusi pendidikan itu


                        (i)    mengemukakan  bagi  pemeriksaannya  mana-mana  jadual
                               waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan

                               mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau
                               apa-apa  buku,  bahan,  dokumen  atau  barang  yang

                               berhubungan  dengan  atau  yang  pada  pendapat  Nazir  itu

                               mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan

                               di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi

                               pendidikan itu; dan

                        (ii)   memberikan  kepada  Nazir  itu  apa-apa  maklumat  yang

                               berhubungan  dengan  pengajaran  di,  atau  pengelolaan,

                               institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang
                               pengerusi,     pengelola,    atau    orang     lain   yang
                               bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan

                               itu,  guru,  pekerja  atau  orang  itu  mempunyai  kuasa  untuk
                               memberikan.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17