Page 12 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 12
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera saya ucapkan
buat para pembaca e-majalah MEHSSA 22/23 Edisi ke-2 ini,
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas peluang dan
kejayaan pembikinan e-majalah MEHSSA oleh krew sidang
redaksi, khususnya Exco Multimedia, Publisiti dan ICT
MEHSSA yang berganding bahu dan berhempas-pulas
dalam menyempurnakan penghasilan e-majalah ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih atas peluang dan kepercayaan pihak FPSK serta
MEHSSA bagi penghasilan e-majalah yang dijadikan
sebagai wadah atau medium antara fakulti dan
mahasiswa. Sekalung penghargaan juga kepada barisan
Majlis Tertinggi dan Eksekutif MEHSSA sesi 21/22 yang banyak
memberikan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek sama ada
dari segi kemahiran komunikasi, merancang, mengurus,
Nur Syazwin Binti dan kepimpinan melalui program-program yang telah
Kamarozaman
dijalankan pada sesi lepas.
e-Majalah ini terdiri daripada lipatan sejarah yang mengungkap warna-warni
kejayaan dan cabaran badan persatuan MEHSSA serta 7 kelab dibawah
naungannya melalui program yang telah diadakan secara hybrid, iaitu secara
maya dan fizikal. e-Majalah ini juga mengandungi karya-karya mahasiswa FPSK
yang diungkapkan melalui penulisan, potret, pantun dan lain-lain. Maka,
dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan kepada mahasiswa
yang sudi berkongsi memori dan pengalaman teristimewa anda bersama kami
dan menjadi sebahagian daripada e-Majalah yang akan menjadi tatapan
semula pada masa akan datang, disamping memberi harapan dan dorongan
kepada tampuk kepimpinan yang seterusnya.
Selaku ketua editor e-Majalah, saya mewakili krew sidang redaksi ingin
menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam penghasilan e-majalah ini, sesungguhnya segala yang baik datangnya
daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Semoga penghasilan majalah ini berupaya menjadi titik tolak bagi badan
persatuan agar dapat kita menjulang nama MEHSSA sehingga duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan persatuan mahasiswa fakulti yang lain,
bukan sahaja di UPM, malah dipersada IPT se-Malaysia.
“BERSAMA MAHASISWA MENJANA TRANSFORMASI” 9
Sekian, terima kasih.

