Page 9 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 9
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
sambungan >
Oleh itu, di sini saya ingin mengingatkan
semua pelajar untuk menguruskan masa
dengan baik dalam melaksanakan kehidupan
harian dan berehat secukupnya. Saya juga
menyeru agar para pelajar membudayakan
gaya hidup sihat seperti bersenam, makan
secara sihat dan menjauhi rokok sebagai
langkah positif mengawal dan mengatasi
masalah kesihatan fizikal dan mental. Selari
dengan konsep keharmonian
#KeluargaMalaysia, saya ingin sarankan agar
pelajar menghulurkan bantuan kepada
sesiapa yang sedang mengharungi panca-
roba kehidupan, dan sentiasa mengambil kira
keluhan mereka secara serius, dan di masa
yang sama membantu mereka untuk
Dr. Shaharuddin Bin Mohd Sham mendapatkan bantuan pakar sekiranya
keadaan menjadi semakin buruk.
Pihak pengurusan fakulti juga akan membantu sedaya upaya demi melahirkan
modal insan yang hebat dan sewajarnya seimbang dari segala segi.
Semoga dengan pencapaian dan perancangan ke hadapan, barisan ahli MEHSSA
dapat menghadapi cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan sebagai
seorang mahasiswa dan juga rakyat Malaysia yang berdedikasi dan mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi.
Akhir kata, menjadi harapan saya agar MEHSSA sentiasa beroleh kejayaan dan
menjadi persatuan mahasiswa yang disegani bukan hanya di UPM, tetapi juga di
kalangan pusat-pusat pengajian tinggi lainnya.
Sekian, terima kasih.
6

