Page 8 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 8
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, ucapan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan penerbitan Buku Tahunan Medical
and Health Sciences Student Association atau
MEHSSA untuk yang ke-2 kalinya. Saya juga
ingin merakam sejuta penghargaan kerana
sudi menjemput saya untuk menyampaikan
kata-kata aluan.
Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan berkat dan izin limpah kurnia-Nya
MEHSSA Yearbook 2022 dapat diterbitkan untuk
tatapan pelbagai pihak yang prihatin dan
berminat sekian lama tentang perkembangan
Dr. Shaharuddin Bin Mohd Sham MEHSSA dari mula ianya ditubuhkan sehingga
sekarang.
Ucapan tahniah dan syabas ingin saya tujukan kepada barisan pemimpin tertinggi
MEHSSA sesi 2022/2023 atas usaha dan komitmen yang tinggi untuk menjalan dan
mengurus pelbagai aktiviti yang diharapkan dapat membentuk sifat positif dalam
kalangan pelajar fakulti dan universiti amnya. Pelbagai program yang tercatat di
dalam Yearbook MEHSSA 2022 ini menunjukkan kejayaan MEHSSA dari segi akademik
dan sahsiah. Semuga semua aktiviti yang dijayakan ini telah memberikan
pengetahuan dan kenangan manis kepada semua yang terlibat, khususnya para
pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK).
Di dalam kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua berkaitan pentingnya
kesedaran mengenai kesihatan mental. Kesihatan itu bukan hanya dilihat dari segi
luaran semata-mata, tapi yang lebih penting adalah kesihatan fikiran dan emosi.
Tanggungjawab seorang pelajar yang berada di dalam persatuan bukanlah sesuatu
yang boleh diambil ringan, kerana mereka perlu memikirkan keseimbangan dari segi
akademik dan juga bukan akademik. Sama juga, semua pelajar yang
memiliki tanggungjawab berat yang perlu dipikul sendiri. 5

