Page 10 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 10

KATA ALU-ALUAN
             KATA ALU-ALUAN















                                             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
                                             Selamat Sejahtera.

                                                   Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan ribuan
                                              terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Medical and

                                              Health  Sciences  Student  Association,  MEHSSA  yang
                                              baharu  kerana  memberikan  peluang  dan  ruang
                                              kepada saya untuk mengarang dan menterjemahkan
                                              kata-kata  bicara  kepada  sebuah  penulisan  yang

                                              kelak  akan  diterbitkan  di  dalam  Majalah  Tahunan
                                              MEHSSA edisi kedua.
                                                        Alhamdulillah,  syukur  ke  hadrat  Ilahi  kerana  kita
                                              diberikan        kesempatan           dan      peluang         untuk

                                              menerbitkan sebuah lagi Majalah Tahunan MEHSSA di
                                              mana  umum  sudah  ketahui,  edisi  pertama  Majalah
                                              Tahunan  MEHSSA  diterbitkan  julung  kalinya  semasa
          Muhammad Fikry Bin Ahmad            saya  berkhidmat  sebagai  Presiden.  Tujuan  utama

                                              penerbitan Majalah Tahunan MEHSSA ini adalah untuk
      memberikan informasi, harapan, hala tuju dan juga perkembangan yang berlaku di
      Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan amnya, serta MEHSSA khususnya.

                Dengan  menerapkan  nilai-nilai  amanah,  tanggungjawab  dan  ketelusan  dalam
      menjalankan  tugas,  ini  sekaligus  dapat  memberi  gambaran  yang  terbaik  kepada
      para pelajar FPSK dan UPM tentang professionalisma yang diamalkan dalam tampuk

      kepimpinan  MEHSSA.  Segala  aktiviti-aktiviti  anjuran  MEHSSA  sesi  2021/2022  telah
      berjaya  dirakamkan  untuk  tatapan  para  pelajar  dan  diharapkan  agar  para  pelajar
      dapat memberikan kerjasama yang penuh kepada barisan MEHSSA sesi baharu iatu
      sesi  2022/2023  melalui  aktiviti-aktiviti  yang  akan  dianjurkan  kelak.  Dalam
      menganjurkan  sesebuah  program,  jumlah  penyertaan  atau  bilangan  peserta

      bukanlah  menjadi  kayu  ukur  kepada  kejayaan  sesebuah  organisasi  semata-mata.
      Apa  yang  lebih  berharga  adalah  pengajaran,  nilai  dan  ilmu  yang  diperoleh  impak
      daripada penganjuran aktiviti-aktiviti tersebut dan bagaimana ia diterapkan dalam

      kehidupan seharian sebagai seorang mahasiswa/i unggul.
                Menjadi  wakil  kepada  Badan  Persatuan  Pelajar  bukan  lah  mudah  seperti  yang
      digembar-gemburkan. Terlampau banyak rintangan daripada faktor luaran dan juga
      dalaman menjadi ukuran. Oleh itu, Barisan Kepimpinan mestilah bijak
      dan berkebolehan untuk memimpin demi mewujudkan persekitaran                                               7

      yang terbaik bagi Badan Persatuan dan juga pelajar. Bagi saya, untuk
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15