Page 23 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 23
SLIDESMANIA.COM
Reaksi Sabah :
-Sebelum pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang
gagasan Malaysia, belum wujud lagi parti-parti politik di
Sabah dan telah hanya muncul di Sabah setelah usul
penggabungan dicadangkan. Parti-parti ini ditubuhkan khusus
untuk mengemukakan pandangan serta mendapatkan
sokongan rakyat tentang cadangan pembentukan gagasan
Malaysia.
-Antara parti politik yang muncul pada ketika itu
termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau
United National Kadazan Organisation (UNKO) yang
ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 serta dipimpin oleh Donald
Stephens.
-Pada bulan Disember 1961, lahir pula Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National
Organisation ( USNO) dan dipimpin oleh Datu Mustapha
Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah.
-Pada bulan Jun 1962, parti kaum Dusun atau Kadazan
pimpinan G. S. Sundang pula ditubuhkan.Parti ini dikenali
sebagai Parti Pasok Momogun.
-Muncul pula dua buah parti yang mendapat sokongan orang
Cina, iaitu Parti Bersatu di bawah pimpinan Khoo Siak Chew
dan Parti Demokratik di bawah pimpinan Peter Chin.
18
SLIDESMANIA.COM

