Page 26 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 26

SLIDESMANIA.COM
            Reaksi Brunei :



            -Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin pada peringkat

            awalnya menyokong pembentukan gagasan Malaysia.
            -Baginda telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau

            pendapat rakyat Brunei.

            -Walau bagaimanapun, Parti Rakyat Brunei (PRB) bawah pimpinan

            A. M. Azahari telah menentang gagasan Malaysia kerana matlamat
            parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu sebuah

            kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan

            Brunei. Parti Rakyat Brunei (PRB) juga menganggap gagasan

            Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.

            -A. M. Azahari seterusnya melancarkan pemberontakan di bawah
            pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang

            ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sabah, Sarawak dan Brunei.

            -Pemberontakan ini dilancarkan setelah Majlis Mesyuarat
            Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan

            keputusan tentang gagasan Malaysia. A. M. Azahari dan para

            penyokongnya memperoleh bantuan dan sokongan daripada

            Indonesia dan Filipina.

            -Akhirnya, pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 November
            1962 telah dapat dipatahkan oleh tentera British.

            -A. M. Azahari yang berada di Manila ketika itu tidak dapat

            ditangkap dan beliau kemudian mendapat perlindungan politik di

            Indonesia.









     21
  SLIDESMANIA.COM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31