Page 27 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 27

SLIDESMANIA.COM
             Reaksi luar negara :



             Reaksi Indonesia :

             -Indonesia ialah negara pertama yang membantah pembentukan

             Malaysia.

             -Pada peringkat awal, Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi

             terhadap pembentukan Malaysia.Tentangan Indonesia hanya wujud
             pada akhir tahun 1962.Mengikut pandangan Indonesia, pembentukan

             Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan

             mengancam negara Indonesia.

             -Pandangan ini disuarakan oleh Presiden Soekarno yang dipengaruhi
             oleh Parti Komunis Indonesia. Parti Komunis Indonesia kemudian

             telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan

             Dasar Konfrontasi terhadap Persekutuan Tanah Melayu.

             -Dasar Konfrontasi yang diambil oleh Indonesia adalah dari segi
             ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia.

             Dasar ini diumumkan pada 20 Januari 1963. Pada peringkat

             permulaannya, berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah

             Melayu dan juga pencerobohan udara, tetapi kerajaan Persekutuan
             tidak mengambil sebarang tindakan.

             -Namun, setelah tentera Indonesia mula bertindak lebih agresif, iaitu

             dengan melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,

             Sabah dan Sarawak, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan
             tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand

             dan Kanada.









                                                                                                 22
  SLIDESMANIA.COM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32