Page 25 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 25

SLIDESMANIA.COM

            -Laporan jawatankuasa ini memuatkan tuntutan

            tersebut.Tuntutan ini kemudiannya telah menjadi asas kepada

            pembentukan perlembagaan Malaysia yang baharu.Tuntutan

            tersebut akan melindungi hak dan kepentingan penduduk

            Sarawak dan Sabah.Terdapat sedikit perbezaan antara
            pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-

            negeri di Semenanjung Tanah Melayu.Hak ini dikenali sebagai

            Hak Wilayah Asingan.

            -Terdapat beberapa perkara yang disentuh dalam hak asingan,

            iaitu seperti isu-isu ketua negeri, bahasa kebangsaan, agama

            Islam, kedudukan istimewa penduduk peribumi, hal kerakyatan,

            peruntukan kewangan dan pelajaran. Pada akhir tahun 1961,

            ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula

            menyokong pembentukan Malaysia. Perubahan sikap ini didorong

            oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu

            menjelaskan kebaikan gagasan Malaysia serta

            mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.

            -Akhir sekali, sikap toleransi dan semangat perpaduan yang

            diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah Melayu seperti

            Tunku Abdul Rahman, V. T. Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin
            telah membantu kepada perubahan sikap pemimpin-pemimpin

            Sabah dan Sarawak. Beberapa pemimpin Sarawak dan Sabah

            seperti Datu Mustapha, Temenggung Jugah, Donald Stephens,

            Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan turut memberi

            kerjasama dan memainkan peranan yang penting.




                                                                                                 20
  SLIDESMANIA.COM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30