Page 30 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 30

Reaksi Filipina :

  SLIDESMANIA.COM


              Kerajaan Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana

              negara tersebut menuntut hak terhadap Sabah. Presiden

              Macapagal telah membuat pengumuman rasmi pada bulan

              Jun 1962.Kerajaan Filipina mendakwa bahawa Sabah

              merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

              Tuntutan tersebut ialah berdasarkan perjanjian yang


              ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul

              Alam dengan Baron Von Overbeck.

              -Baron Von Overbeck telah menjualkan haknya kepada

              Alfred Dent yang menubuhkan syarikat perdagangan yang

              berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.

              -Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat

              Borneo Utara British (SBUB).

              -Seterusnya selepas Perang Dunia Kedua, pada tahun 1946,

              SBUB telah menyerahkan pemerintahan Sabah kepada

              kerajaan British.

              -Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat

              oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Ismail Kiram

              pada 22 Januari 1958. Akhirnya, menjelang bulan Jun 966,
              Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.

              -Pengiktirafan ini diberikan sebagai usaha membaiki hubungan

              antara kedua-dua negara melalui pertubuhan yang dikenali

              sebagai MAPHILINDO yang terdiri daripada Malaysia,

              Indonesia dan Filipina.




  SLIDESMANIA.COM 25
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35