Page 125 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 125

PENGUKUHAN
                 A.  Baca dan fahami amalan gaya hidup sihat dan selamat seperti yang di bawah.



                           KAMI MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN SELAMAT





                   Kami sekeluarga sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama-sama. Biasanya, kami akan
                   berjoging dan berbasikal di taman rekreasi.




                   Kawasan kejiranan kami menjemput pegawai dari klinik kesihatan dan badan bukan kerajaan
                   untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk kejiranan sekurang-kurangnya
                   dua kali setahun.



                   Kami sekeluarga sentiasa berfikiran positif, tidak meninggalkan amalan ibadat dan membaca
                   buku-buku motivasi. Saya dan rakan-rakan juga sentiasa mendengar nasihat ibu bapa dan
                   guru kami.



                   Saya dan rakan-rakan sentiasa menjaga keselamatan diri dengan mempelajari seni pertahanan
                   diri supaya dapat menyelamatkan diri apabila berhadapan dengan ancaman orang luar.





                   Saya dan jiran-jiran sentiasa bergotong-royong untuk menjaga kebersihan tempat tinggal.
                   Kami juga memastikan kawasan kejiranan sentiasa bersih dan tiada air yang bertakung.













                       1. Bagaimanakah anda dan rakan-rakan
                         mengamalkan gaya hidup sihat dan
                         selamat?
                       2. Jelaskan perasaan anda apabila anda
                         dan masyarakat sekeliling mengamalkan
                         gaya hidup sihat dan selamat.











                  3.5.3, 3.5.4, 3.5.5, 3.5.6                                                             119



       Unit 10 NC.indd   119                                                                          27/10/17   7:05 pm
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130