Page 128 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 128
PENGAYAAN A. Baca dan fahami maklumat di bawah.
Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah untuk mengetahui
status berat badan seseorang. IJT atau BMI perlulah berada dalam lingkungan yang sihat.
Berat badan yang sihat dapat dikekalkan dengan menyeimbangkan antara pengambilan
makanan dengan aktiviti fizikal. Pengambilan makanan secara berlebihan boleh membawa
kepada masalah obesiti. Obesiti merupakan antara penyebab utama kepada beberapa
jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
Masalah kurang berat badan pula boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti
anemia dan kurang kepadatan jisim tulang.
Oleh itu, pantau berat badan untuk mengetahui status berat anda. Klasifikasi berat
badan boleh dikenal pasti dengan merujuk kepada carta pertumbuhan WHO 2007, BMI–
untuk–umur 5–19 tahun mengikut jantina.
Cara untuk mengetahui status berat badan adalah seperti yang berikut:
1. Timbang berat badan dalam unit kilogram (kg) dan tinggi dalam unit meter (m).
2. Kira umur dalam tahun dan bulan (contohnya 14 tahun 4 bulan).
3. Kira BMI menggunakan formula yang berikut.
Formula untuk mengira BMI
(Body Mass Index) Contoh pengiraan BMI:
Berat badan (kg)
50 kg
BMI = _________________ BMI = _____________
Tinggi (m) ´ Tinggi (m) 1.5 m ´ 1.5 m
= 22.2 kg/m 2
Imbas Saya
Setelah mendapat nilai BMI, plot pada carta pertumbuhan WHO 2007,
BMI–untuk–umur mengikut jantina. Setelah memplot BMI pada carta
pertumbuhan, anda boleh merujuk kepada kategori seperti dalam QR code
untuk mengetahui status berat badan anda.
Carta BMI
Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
(i) Buat pengiraan BMI terhadap lima orang rakan sekelas anda dan sediakan satu
jadual mudah tentang tahap obesiti dalam kalangan mereka. Kongsikan hasil dapatan
anda bersama-sama rakan tersebut.
(ii) Secara berkumpulan, bincangkan kebaikan jika obesiti kepada diri dan keluarga
anda dapat dielakkan.
(iii) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan obesiti kepada diri dan keluarga anda.
122 3.5.3, 3.5.4
Unit 10 NC.indd 122 27/10/17 7:05 pm

