Page 134 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 134
PENILAIAN A. Penyataan di bawah menerangkan tentang gaya hidup dua orang adik-beradik.
Vicky ialah seorang remaja yang suka bersenam pada setiap hari. Dia juga mengamalkan
pemakanan seimbang untuk menjaga kesihatan badannya. Sementara itu, adiknya,
Karen suka makan makanan bergoreng dan tidak suka melakukan aktiviti senaman.
Ibu bapa mereka juga selalu menasihati Karen yang suka menghabiskan masa dengan
menonton televisyen.
1. Ramalkan kesan yang akan berlaku jika Karen terus mengamalkan gaya hidup seperti
yang di atas.
2. Nyatakan kebaikan yang diperoleh jika kita mengamalkan gaya hidup sihat seperti Vicky.
3. Andaikan anda Vicky, bagaimanakah anda membantu Karen dalam menjalani gaya hidup
sihat dan selamat?
4. Bagaimanakah amalan nilai oleh masyarakat membantu dalam meningkatkan gaya hidup
sihat dan selamat?
B. Jadual di bawah menunjukkan statistik penyakit rakyat Malaysia.
PERATUSAN PENYAKIT PENDUDUK MALAYSIA, DEWASA (≥ 18 TAHUN), 2015
Kolesterol tinggi 47.7%
Tekanan darah tinggi 30.3%
Kencing manis 17.5%
Menghidapi satu penyakit di atas 61.3%
Menghidapi dua penyakit di atas 26.3%
Menghidapi tiga penyakit di atas 7.2%
Sumber: National Health and Morbidity Survey 2015, Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia
Bincangkan cara-cara untuk mengurangkan jumlah pesakit dalam kalangan masyarakat
dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
128
Unit 10 NC.indd 128 27/10/17 7:05 pm

