Page 137 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 137
Kita perlu menghindari perlakuan tidak beradab di tempat awam seperti membuang
sampah merata-rata, memakai pakaian yang tidak sopan dan tidak menggunakan kemudahan
yang disediakan dengan baik. Perlakuan tidak beradab ini hanya akan mencemarkan tempat
awam dan menyebabkan pengunjung berasa tidak selesa.
PERLAKUAN BERADAB
DI TEMPAT AWAM
Memakai pakaian sopan dan sesuai. Berkelakuan sopan di tempat awam.
Membuang sampah ke dalam Menggunakan kemudahan awam dengan baik.
tong sampah.
Hedonistik merupakan perlakuan tidak beradab. Individu yang bertingkah laku
hedonistik biasanya melakukan perkara negatif di tempat awam demi keseronokan
dan kepuasan hidup mereka. Hal ini akan mengganggu pengunjung lain yang berada
di tempat awam tersebut. Akibatnya, tempat tersebut tidak akan dikunjungi oleh orang
ramai lagi.
INFO
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan hidup.
Dengan erti lain, mereka yang mengamalkannya bersikap hedonistik kerana beranggapan
bahawa kesenangan dan kenikmatan merupakan tujuan hidup.
131
Unit 11 NC.indd 131 24/10/17 9:34 am

