Page 139 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 139
Sikap menjaga adab di tempat awam ini hendaklah dihayati dan diamalkan oleh setiap
individu. Amalan beradab di tempat awam mempunyai kepentingan yang banyak termasuklah
seperti yang di bawah.
KEPENTINGAN BERADAB
DI TEMPAT AWAM
Menjimatkan perbelanjaan Kemudahan awam boleh digunakan
penyelenggaraan. dalam jangka masa yang lama.
Kemudahan selesa dan Meningkatkan imej Melatih diri berdisiplin dan
selamat digunakan. negara. mematuhi peraturan.
Semua pihak hendaklah berganding bahu dan bersatu tenaga dalam usaha untuk
mengekalkan keharmonian tempat awam. Yang berikut ialah beberapa contoh perlakuan
beradab dan tidak beradab di tempat awam.
Perlakuan beradab Perlakuan tidak beradab
di tempat awam di tempat awam
1. Menggunakan harta benda awam 1. Merosakkan harta benda awam atau
dengan baik. vandalisme.
2. Menggunakan tong sampah yang 2. Membuang sampah di merata-rata
disediakan. tempat.
3. Menjaga adab dan kelakuan 3. Pergaulan bebas antara lelaki dengan
di tempat awam. perempuan tanpa batasan.
4. Menggunakan air di tandas mengikut 4. Membiarkan pili air tidak ditutup selepas
keperluan. menggunakannya.
5. Memberikan laluan kepada orang ramai. 5. Menghalang laluan orang ramai.
133
Unit 11 NC.indd 133 24/10/17 9:34 am

