Page 140 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 140

Amalan beradab di tempat awam merupakan aspek yang amat penting untuk menjamin
               kelestarian dan keharmonian masyarakat. Amalan beradab di tempat awam perlu diutamakan
               dalam kehidupan setiap individu demi kebaikan dan kesejahteraan semua.









                       1
                         Saya amat gembira dan bangga     3
                         apabila dapat menjadi seorang       Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan
                         rakyat yang menjaga adab ketika     di tempat awam seperti di tempat menunggu
                         berada di tempat awam.              bas ini. Kita tidak boleh menconteng dinding,
                                                             membuang sampah merata-rata dan melakukan
                                                             perkara lain yang boleh mendatangkan kerosakan.




















                    2
                      Betul kata kamu, Siew. Selain itu, kita
                      dapat menjimatkan perbelanjaan negara   4
                      daripada membaik pulih tempat awam        Ya, saya setuju. Apabila tempat awam
                      yang rosak akibat tindakan segelintir     ini bersih dan selesa, imej masyarakat
                      individu yang tidak bertanggungjawab.     dan negara akan meningkat.





                   Adab di tempat awam perlulah dijaga kerana hal tersebut mencerminkan peribadi yang
               dimiliki oleh seseorang individu. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengamalkan nilai berhemah
               tinggi, kesederhanaan, harga diri dan rasional ketika berada di tempat awam supaya tempat
               awam terjaga dan masyarakat gembira menggunakan kemudahan yang disediakan.


                                  INFO

                                   Kelestarian merujuk kepada keadaan atau persekitaran
                                   yang tidak berubah atau terpelihara seperti asal.



        134




       Unit 11 NC.indd   134                                                                          24/10/17   9:34 am
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145