Page 143 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 143

C.  Yang berikut ialah beberapa adab masyarakat di tempat awam yang boleh dicontohi.
                    Baca petikan dan jawab soalan yang berikut.


                                    SIKAP MASYARAKAT DI TEMPAT AWAM
                                             YANG PATUT DICONTOHI


                              MENJAGA                                    MENGHORMATI
                            KEBERSIHAN                                     ORANG LAIN

                 Tempat awam di negara Jepun seperti           Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal
                 tandas, perhentian bas, taman permainan       dengan sikap sopan dan menghormati orang
                 dan lain-lain sangat bersih. Masyarakat       lain. Begitu juga sikap sopan mereka kepada
                 Jepun tidak membuang sampah merata-rata,      pelancong asing. Setiap kali masuk ke kedai,
                 malah mengutip sampah yang dijumpai           kita akan mendengar pekerja-pekerjanya
                 dan membuangnya ke dalam tong sampah.         mengucapkan ‘selamat datang’ dan apabila
                 Masyarakat Jepun turut mendidik anak-         keluar pula, kita akan menerima ucapan
                 anak mereka sejak kecil untuk menjaga         ‘terima kasih’ dan ‘datang lagi’.
                 kebersihan. Contohnya, murid-murid dilatih
                 membersihkan kelas, tandas dan kawasan
                 sekolah.


                                                      D I L A R A N G   M E R O K O K












                                                 TIDAK MEROKOK
                                                 DI TEMPAT AWAM

                                       Masyarakat Singapura yang merokok tidak akan
                                       merokok di tempat awam dan kawasan terbuka
                                       kerana dikatakan kurang beradab. Mereka akan
                                       merokok di tempat dan ruang yang dikhaskan
                                       sahaja. Mereka bangga apabila mematuhi
                                       peraturan yang ditetapkan.





                        1. Jelaskan pengajaran yang diperoleh daripada sikap masyarakat tiga negara tersebut.
                        2. Sebagai murid, nyatakan amalan beradab yang boleh dipraktikkan di tempat awam.
                        3. Bincangkan amalan baik yang boleh dicontohi daripada masyarakat Malaysia,
                           Singapura dan Jepun.




                  4.1.1, 4.1.2, 4.1.3, 4.1.4, 4.1.5                                                      137



       Unit 11 NC.indd   137                                                                          24/10/17   9:34 am
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148