Page 181 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 181
Sememangnya, zaman remaja merupakan tahap hidup yang amat penting. Walaupun
pelbagai cabaran seperti perubahan diri, perubahan mental, perubahan fizikal, perubahan
tingkah laku dan pelbagai bentuk rintangan ditempuh, keupayaan remaja mengatasi cabaran
tersebut akan membentuk individu yang berjaya.
KEPENTINGAN MENANGANI
KONFLIK IDENTITI DIRI
1 Mengeratkan hubungan dengan orang lain.
Mengelakkan diri daripada melakukan
2 perkara-perkara negatif.
Menikmati hidup yang lebih bahagia
3 dan tenang.
4 Memelihara imej dan maruah diri.
5 Disukai oleh orang lain.
Kesimpulannya, konflik yang berlaku pada zaman remaja merupakan satu pengalaman
dan penerimaan ilmu baharu sebelum menghadapi zaman dewasa. Jika zaman remaja
ditempuh dengan membentuk identiti diri yang positif, mereka akan berjaya menjadi individu
yang matang dan boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Oleh
itu, remaja perlu menghayati dan mengamalkan nilai murni seperti rasional, berani, berdikari
dan jujur dalam membentuk individu yang berketerampilan.
175
Unit 14 NC.indd 175 24/10/17 10:07 am

