Page 200 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 200
B. Jalankan aktiviti permainan ‘Hak Asasi Manusia’ di bawah.
HAK OKU
1. Berikan dua contoh hak OKU.
2. Berikan sebab pelbagai pihak tampil untuk membantu
menjaga kebajikan OKU.
3. Berikan contoh kemudahan yang disediakan oleh kerajaan
kepada OKU.
4. Namakan satu badan bukan kerajaan yang menjaga
kebajikan OKU.
5. Nyatakan faktor kejayaan OKU dalam pelbagai bidang.
6. Anda mendapati anak jiran yang sepatutnya bersekolah
tidak dihantar ke sekolah. Apakah tindakan yang sepatutnya
anda lakukan?
CARA PERMAINAN
1. Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan
atau berpasangan.
2. Setiap pemain mengambil giliran untuk bermain.
3. Setiap pemain perlu memilih salah satu golongan, HAK ASASI MANUSIA
sama ada wanita, pengguna, OKU atau pekerja.
4. Pemain melontarkan dadu untuk memilih nombor
soalan.
5. Setiap jawapan yang betul mendapat satu markah.
6. Soalan yang telah dijawab dengan betul tidak boleh
diulang lagi. Soalan yang dijawab salah boleh dipilih
semula.
7. Pemain yang mendapat markah tertinggi menjadi
pemenang.
HAK PEKERJA
1. Encik Ramasamy telah diminta oleh majikannya untuk bekerja
lebih masa tetapi tidak dibayar upah untuk kerja tersebut.
Apakah hak pekerja yang patut dituntut daripada majikannya?
2. Mengapakah hak pekerja perlu dilindungi?
3. Bagaimanakah Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan
dalam melindungi hak pekerja?
4. Nyatakan peranan Kesatuan Sekerja dalam membantu
mempertahankan hak pekerja.
5. Berikan cara kerajaan menghargai jasa dan sumbangan pekerja.
6. Andaikan anda ialah majikan, apakah yang patut anda lakukan apabila
pekerja anda cedera akibat kemalangan di tempat kerja?
194
Unit 15 NC.indd 194 24/10/17 10:03 am

