Page 201 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 201
HAK WANITA
1. Puan Irene seorang pekerja yang rajin dan
bertanggungjawab. Baru-baru ini, dia telah
dinaikkan pangkat oleh majikannya. Nyatakan
hak wanita yang diperoleh daripada majikannya.
2. Nyatakan kepentingan melindungi hak wanita.
3. Apakah usaha kerajaan untuk melindungi hak wanita?
4. Bagaimanakah badan bukan kerajaan
membantu wanita yang menjadi mangsa dera?
5. Bilakah sambutan Hari Wanita Sedunia?
6. Anda mendapat tahu bahawa isteri jiran didera
oleh suaminya. Apakah tindakan anda?
HAK PENGGUNA
HAK ASASI MANUSIA
1. Nyatakan hak pengguna yang dilindungi oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia apabila mendapati
beberapa produk kecantikan mengandungi bahan
yang memudaratkan kesihatan.
2. Mengapakah kerajaan perlu melindungi hak
pengguna?
3. Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
membantu pengguna supaya tidak ditipu oleh
pengeluar?
4. Bagaimanakah Persatuan Pengguna dapat
membantu melindungi hak pengguna?
5. Apakah perkara yang perlu diteliti sebagai
pengguna semasa membeli sesuatu barang?
6. Apakah tindakan yang sepatutnya anda lakukan
apabila mendapati pekedai menjual barangan yang
telah tamat tempoh penggunaannya?
Guru dikehendaki menyediakan contoh jawapan sebagai panduan
kepada ketua kumpulan sebelum mengadakan aktiviti ini.
4.5.1, 4.5.2, 4.5.3, 4.5.4 195
Unit 15 NC.indd 195 24/10/17 10:03 am

