Page 204 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 204
PENILAIAN A. Tajuk keratan akhbar dan jadual di bawah menunjukkan kejayaan atlet paralimpik
negara yang meraih pingat dalam temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil 2016.
Atlet Paralimpik Mampu Cipta
Kejayaan Luar Biasa Kejayaan Atlet Paralimpik
Ahad, 28 Ogos 2016 Julang Nama Malaysia
Ahad, 11 September 2016
Acara Atlet Keputusan Pingat
100 m T36 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi Juara (12.07 s) Emas
Lontar Peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli Juara (16.84 m) Emas
Lompat Jauh T20 Abdul Latif Romly Juara (7.60 m) Emas
Lompat Jauh T20 Siti Noor Radiah Ismail Ketiga (5.20 m) Gangsa
1. Senaraikan pihak yang bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan dan membantu
mereka mencapai kejayaan tersebut.
2. Apakah penghargaan yang diberikan oleh kerajaan dan pihak lain atas kejayaan mereka
menjulang nama Malaysia?
3. Terangkan perasaan anda apabila pelbagai pihak memainkan peranan membantu mereka.
4. Wajarkah pelbagai pihak memainkan peranan untuk melindungi hak golongan tersebut?
Huraikan berdasarkan nilai murni yang anda pelajari.
B. Penyataan di bawah menunjukkan usaha kerajaan melindungi hak asasi manusia.
Kerajaan telah menggubal dan menguatkuasakan pelbagai
akta untuk melindungi hak wanita, pengguna, OKU dan
pekerja. Selain itu, kerajaan juga mengadakan pelbagai
kempen kesedaran untuk menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan melindungi kesemua hak tersebut.
Pada pendapat anda, yang manakah lebih berkesan: Penguatkuasaan Undang-undang
atau Kempen Kesedaran? Sediakan hujah untuk menyokong pendirian anda.
198
Unit 15 NC.indd 198 24/10/17 10:04 am

