Page 20 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 20

1.3   Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
            BAB 1  BAB 1  Kedaulatan negara penting bagi mewujudkan keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi,



                  kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara. Selain itu, negara diiktiraf setaraf
                  dengan negara lain.


                  Keberkesanan Pentadbiran
                  Kedaulatan memberikan kebebasan
                  kepada negara untuk menjalankan
                  urusan pentadbiran tanpa campur tangan
                  pihak luar. Dasar pentadbiran negara
                  dilaksanakan dengan berkesan melalui
                  Jemaah Menteri dan kementerian
                  yang berkaitan. Kerjasama Kerajaan
                  Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang
                  dilakukan melalui pengagihan kuasa
                  mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
                  Sistem pentadbiran juga diperkukuh
                  melalui peruntukan undang-undang      Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada tahun 1990
                  dalam Perlembagaan Persekutuan.       dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad (lima dari
                                                        kiri). Keberkesanan pentadbiran melalui Sistem Jemaah
                                                        Menteri masih kekal diamalkan hingga hari ini.
                                                        Sumber: Arkib Negara Malaysia.



                  Kemakmuran Ekonomi
                  Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. Selepas negara
                  mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf
                  hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia. Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian,
                  perindustrian dan perdagangan yang diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara.

















                                                                             Tun Abdul Razak Hussein (depan),
                                                                             Perdana Menteri Malaysia kedua
                                                                             melawat kawasan luar bandar bagi
                                                                             memantau pelaksanaan program
                                                                             pertanian.
                                                                             Sumber: Arkib Negara Malaysia.

                 10
                 10
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25