Page 195 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 195

Aspek Ekonomi
                   Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan DPN juga membawa perubahan dari aspek ekonomi. Kedua-
                   dua  dasar ini  menyebabkan berlaku perkembangan dalam  perindustrian dan perdagangan yang
                   meningkatkan kestabilan ekonomi negara. Perkembangan ini berasaskan perindustrian berteknologi
                   tinggi, perkembangan kawasan perindustrian baharu dan industri kereta nasional.

                    Perindustrian Berteknologi Tinggi
                    Mulai  tahun 1980-an, program  perindustrian
                    negara mengalami satu lagi perkembangan, iaitu
                    industri berat yang bertujuan memperkukuh asas
                    perindustrian negara dan menambahkan kemahiran
                    rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi.
                      •  Perindustrian ini melibatkan penggunaan
                        jentera moden yang memerlukan kemahiran
                        tinggi dan modal yang besar.
                      •  Industri  teknologi  tinggi  dikendalikan
                        oleh The Heavy Industries Corporation of
                        Malaysia Berhad (HICOM) yang ditubuhkan
                        pada tahun 1980.
                      •  Antara projek yang dilaksanakan termasuklah
                        membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang,
                        Johor), besi dan keluli (Perai, Pulau Pinang
                        dan Teluk Kalung, Terengganu), loji  gas
                        cecair (Bintulu, Sarawak), stesen janakuasa
                                                                 Stesen  cari  gali  petroleum  yang  dikendalikan oleh
                        (Raub, Pahang), kilang penapis petroleum  Petronas  Carigali.
                        (Kerteh, Lutong dan Port Dickson) dan    Sumber: https://www.petronas.com/our-business/upstream.
                        satelit komunikasi.                      Dicapai pada 28 Ogos 2020.                     BAB 8






























                    Zon Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

                                                                                                        185
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200