Page 194 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 194

Perkembangan Wilayah

                  Perkembangan ekonomi melalui DEB dan DPN menyebabkan kemunculan beberapa bandar baharu.
                  Antaranya termasuklah Felda Segitiga Jengka yang berkembang daripada sebuah tanah rancangan
                  FELDA menjadi sebuah bandar. Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Bandar Tun Abdul Razak
                  pada 7 Julai 2011.
                    •  Jengka ditubuhkan melalui projek Segitiga Jengka oleh FELDA. Nama Segitiga Jengka
                       digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak di antara tiga daerah, iaitu
                       Temerloh, Maran dan Jerantut.
                    •  Pelbagai kemudahan perkhidmatan disediakan seperti pejabat pos, hospital, bank, institusi

                       pendidikan, stadium mini, pusat perniagaan dan pejabat pentadbiran kerajaan.
                    •  Terdapat kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian di bandar ini seperti Kilang Alps,
                       Kilang Bimbingan Bank Pembangunan serta bengkel kereta dan motor.


















                                                                                     UiTM Cawangan Pahang,
                                                                                     Kampus Jengka.
                                                                                     Sumber: http://www.
                                                                                     pahang.uitm.edu.my.
                                                                                     Dicapai pada
                                                                                     28 Ogos 2020.





            BAB 8





                  1.  Dengan menggunakan pelbagai sumber,
                     kumpulkan maklumat berkaitan dengan
                     bandar baharu dari aspek:
                     •  Nama bandar baharu yang muncul
                       selepas DEB dan DPN diperkenalkan.
                     •  Kemudahan yang terdapat di bandar
                       yang disenaraikan.
                     •  Kesan pembukaan bandar ini kepada
                       kehidupan sosial dan pembangunan
                       ekonomi masyarakat setempat.    Kemudahan stadium mini yang terdapat di Bandar Tun Abdul
                  2.  Bentangkan dapatan anda di dalam kelas.  Razak, Jengka, Pahang.

                184
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199