Page 24 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 24

Memupuk Patriotisme
            BAB 1  BAB 1  Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara serta sanggup mempertahankan
                  sejarah, bahasa, undang-undang, warisan dan budaya. Patriotisme merupakan nadi kepada
                  kebebasan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Semangat ini juga penting untuk melahirkan
                  pemimpin dan rakyat yang taat setia serta sanggup berkorban demi negara.


                          Meja Bulat Serentak
                          (Simultaneous Round Table)           Pemerintah
                  Dalam kumpulan, murid menulis pendapat
                  di atas kertas tentang soalan yang dikemukakan   •  Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan
                  di bawah. Catatan diedarkan kepada rakan      Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan
                  lain dalam kumpulan mengikut pusingan         terhadap negara.
                  jam. Setiap ahli diberi peluang untuk      •  Mewajibkan  mata  pelajaran  Sejarah  sebagai
                  menuliskan pendapat. Soalan yang diberikan    mata pelajaran teras di sekolah bagi melahirkan
                  berkaitan dengan lagu patriotik Keranamu      generasi yang peka terhadap sejarah negara.
                  Malaysia.                                  •  Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem
                  1.  Apakah maksud yang terkandung dalam       atau rencana untuk memupuk patriotisme
                     lirik lagu ini?                            melalui pelbagai media.
                  2.  Nyatakan keistimewaan rakyat berbilang  •  Memberikan pengiktirafan kepada rakyat
                     kaum yang dinyatakan dalam lagu ini.
                  3.  Bagaimanakah anda memainkan peranan       Malaysia yang berjasa kepada negara dengan
                     untuk mempertahankan negara?               mengabadikan nama mereka pada bangunan
                                                                dan jalan.
                        Lirik Lagu Keranamu Malaysia
                        Buruh, nelayan dan juga petani
                        Gaya hidup kini dah berubah
                        Anak-anak terasuh mindanya
                        Lahir generasi bijak pandai
                        Pakar IT, pakar ekonomi
                        Jaguh sukan dan juga jutawan
                        Berkereta jenama negara
                        Megah menyusur di jalan raya
                                                               Rakyat
                        Alam siber teknologi terkini
                        Kejayaan semakin hampiri
                        Biar di kota ataupun desa            •  Menghormati  lambang  negara  seperti  bendera
                        Kita semua pasti merasa bangga
                                                                Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku.
                        Keranamu kami mendakap tuah          •  Menyanjungi  dan  menghargai  adat  dan
                        Keranamu kami bangsa berjaya
                        Keranamu kami hidup selesa              warisan negara.
                        Limpah budi kemakmuran negara        •  Meningkatkan imej negara dengan melakar
                        Keranamu kami bebas merdeka             kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan
                        Keranamu nyawa dipertaruhkan            dan ekonomi.
                        Keranamu kami rela berjuang          •  Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang
                        Demi bangsa kedaulatan negara
                                                                untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.
                        (ulang dari mula)
                        Keranamu Negara Malaysia
                        Malaysia...
                        Terima kasih Malaysia!

                         Lagu: Dato’ Suhaimi Mohd Zain.
                         Lirik: Siso Kopratasa.
                        Sumber: Kementerian Komunikasi dan
                        Multimedia Malaysia.
                 14
                 14
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29