Page 23 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 23

Mengekalkan Perpaduan Kaum
                        Sejak awal kemerdekaan, pemerintah dan rakyat berusaha untuk mengekalkan perpaduan      BAB 1
                        kaum. Perpaduan penting dalam usaha kita mengekalkan kedaulatan negara. Beberapa
                                                                                                                BAB 1
                        langkah dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.





                            Pemerintah

                          •  Menggubal dasar dan undang-undang
                             berkaitan dengan perpaduan kaum serta
                             integrasi nasional.
                          •  Memastikan  keberkesanan  pelaksanaan
                             dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan
                             dan kebudayaan oleh kementerian serta
                             agensi berkaitan.
                          •  Merangka  program  serta  kempen
                             ke arah memupuk perpaduan kaum           Sampul surat hari pertama Pos Malaysia
                             dan integrasi nasional.                  berkaitan dengan kepelbagaian  budaya dan
                          •  Memperuntukkan  perbelanjaan  yang       adat resam kaum di Malaysia.
                             mencukupi untuk program memupuk          Sumber: Pos Malaysia Berhad.
                             perpaduan kaum.




                                                                                 Meneroka Bukti
                                                                       Fahami titah di bawah:

                           Rakyat

                         •  Menggunakan  bahasa  kebangsaan                                                     BAB 1
                            dan  menghayati prinsip Rukun Negara
                            yang dapat menjamin perpaduan kaum.
                         •  Memahami dan menghormati agama
                            serta budaya pelbagai kaum.
                         •  Mengamalkan  semangat  perkongsian,
                            bertoleransi dan saling menghormati
                                                                       “Kedaulatan negara bergantung pada
                            sesama rakyat Malaysia.                    warganya yang bersatu”.
                         •    M  e l i b a t k a n   d i r i   d a l a m   p r o g r a m
                                                                       Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
                            kemasyarakatan yang dapat memupuk          Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin
                            kerjasama antara kaum.                     Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan
                                                                       Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
                                                                       Sumber: Berita Harian, 10 November 2018.
                                                                       Kedaulatan negara bergantung pada
                                                                       warganya yang bersatu. Buktikan.

                                                                                                         13
                                                                                                         13
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28