Page 22 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 22

BAB 1    1.4   Langkah Mempertahankan Kedaulatan
            BAB 1

                  Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting bagi mempertahankan kedaulatan negara.
                  Oleh itu, pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan politik serta
                  kemakmuran ekonomi, mengekalkan perpaduan kaum, memupuk patriotisme dan mengukuhkan
                  pertahanan negara. Kerjasama ini penting bagi memastikan kedaulatan dapat dipertahankan demi
                  kemajuan dan kesejahteraan negara.



                  Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi
                  Pemerintah dan rakyat mempunyai peranan yang sama untuk menjamin kestabilan
                  politik dan kemakmuran ekonomi. Pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan cekap
                  dan menjalankan pelbagai usaha serta program bagi memajukan ekonomi. Rakyat pula
                  memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan semua usaha dan program yang
                  dilaksanakan oleh pemerintah.



                                                                Pemerintah

                                                              •  Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
                                                              •  Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
                                                              •  Memastikan agihan sumber kekayaan negara
                                                                secara adil kepada semua kaum melalui dasar
                                                                pembangunan ekonomi.
                                                              •  Melaksanakan  undang-undang  negara
                                                                menurut perlembagaan secara berkesan.

                         Membuat Interpretasi

                  Menurut Dr. Tan Chee Khoon, “Kami
                  kenal pasti bahawa perhatian utama harus
                  diberikan terhadap kelemahan ekonomi kaum
                  bumiputera. Masalah mereka memerlukan         Rakyat
                  pendekatan khas untuk diselesaikan. Mereka
                  perlu dilindungi daripada eksploitasi dan   •  Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara.
                  dibantu secara asas untuk bersaing dengan   •  Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan
                  kaum lain dalam perniagaan, perdagangan
                                                                bagi mewujudkan kestabilan politik.
                  dan pekerjaan”.                             •  Memupuk kerjasama dengan semua kaum
                  Sumber: Raj Vasil, 1987. Tan Chee Khoon:      supaya agihan kekayaan negara dinikmati
                  An Elder Statesman. Petaling Jaya: Pelanduk   oleh semua.
                  Publications (M) Sdn. Bhd.                  •  Mematuhi undang-undang negara.
                  1.  Mengapakah beliau menyarankan agar
                     kaum bumiputera dibantu dari segi
                     kemakmuran ekonomi?
                  2.  Huraikan langkah yang diambil untuk
                     meningkatkan ekonomi setiap kaum.

                 12
                 12
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27