Page 10 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 10

Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021

          v.  Tidak  akan  berkelakukan  dengan  cara  yang  boleh  menimbulkan  syak  yang  munasabah  bahawa  pegawai  telah
             membiarkan  kepentingan  peribadinya  bercanggah  dengan  tugas  rasmi  sehingga  menjejaskan  kegunaan  sebagai
             pegawai awam
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat
                    ganjaran daripadanya
                 2)  Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang di daerah
                    yang berada  di  bawah  pentadbiran  pegawai  atau  isteri  pegawai  adalah  seorang  ahli  lembaga  pengarah syarikat
                    tersebut

          vi.  Tidak akan menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat, menghantar anak ke
                    sekolah dan sebagainya
                 2)  Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan
                    pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian

          vii.  Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburuk dan mencemarkan nama perkhidmatan awam
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
                 2)  Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
                 3)  Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
                 4)  Bersikap kurang sopan seperti memarahi dan memaki hamun ibu bapa yang berurusan dengan sekolah

          viii. Tidak akan membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan diri sendiri
             atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi kenaikan pangkat atau jawatan
                 2)  Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah atau jawatan

          x.  Tidak ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Membantah atau melawan pegawai atasan
                 2)  Membawa keluar dokumen atau fail jabatan tanpa kebenaran
                 3)  Keluar negara atau urusan persendiria tanpa kelulusan
                 4)  Mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian tanpa kebenaran


          Saya sesungguhnya faham  bahawa jika saya disabitkan kerana telah  melanggar  Akujanji  ini,  saya boleh dikenakan  tindakan
          tatatertib mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



                 .......................................                                 ...............................
                 (Tandatangan Pegawai)                                                   (Jawatan Pegawai)

                                                         Di hadapan

                                               ............................................................
                                                  (Tandatangan Ketua Jabatan)


                 Tarikh  :  .........................................





                                                             vii
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15