Page 7 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 7
Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya
Buku Panduan Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021 dapat disempurnakan
sebagaimana yang dirancang. Buku Pengurusan Sekolah disediakan dalam bentuk
bercetak dan boleh dimuat turun daripada awan dalam rekabentuk Flip-Over.
Perancangan Pengurusan dan Takwim Sesi Persekolahan 2021 ini adalah
sebagai garis panduan dan rujukan utama bagi semua guru dan warga SMK Taman Seri Kluang
dan menjadi asas kepada Pegawai Pelaksana Standard untuk menyediakan skor SKPMg2.
Justeru itu , saya berharap perancangan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan staf
sokongan agar dapat meningkatkan lagi kompetensi, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan
pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Dalam mendepani normal baharu,
guru-guru dan AKP juga diharapkan dapat memberi sepenuh komitmen untuk merealisasikan
harapan KPM untuk mencapai aspirasi PPPM 2013-2025, kita telah sampai ke gelombang
ke-3 yang bermula pada tahun 2021 iaitu Autonomi Sekolah. Semoga buku panduan ini akan
dapat membantu dan memudahkan semua pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
seperti yang telah tuan-tuan rancang untuk mencapai KPI bagi memenuhi keperluan PBPPP.
Tanggungjawab kita semua bersama melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak
dan mampu memberi sumbangan positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sejajar dengan itu,
guru-guru perlu memainkan peranan memastikan takwim yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Guru juga perlu sentiasa memahami SOP dan Garis Panduan semasa
terutama yang melibatkan murid-murid .
Saya menyeru semua pihak agar sentiasa menghayati visi dan misi sekolah serta melaksanakan Pendidikan
holistik dengan mengoptimumkan potensi untuk memaksimumkan keberhasilan. Sama-samalah kita menyokong
iv

