Page 8 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 8
Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021
SMK TAMAN SERI KLUANG
JALAN 16, TAMAN SRI KLUANG Telefon : 07-7766206
86000 KLUANG Fax : 07-7766706
JOHOR DARUL TAKZIM. e-mail: jea2042@moe.gov.my
Ruj. Fail : JEA 2042/5007/3/4/2021( )
Semua Guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana,
SMK Taman Seri Kluang,
Jalan 16, Taman Sri Kluang
86000 Kluang, Johor.
Tuan,
PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN ANGGOTA KAKITANGAN PELAKSANA SMK TAMAN SERI
KLUANG BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2021
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan dengan rasminya dilantik sebagai ahli jawatankuasa seperti yang telah
dicatatkan dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah bagi sesi persekolahan 2021.
3. Tarikh kuat kuasa lantikan ini mulai 01 JANUARI hingga 31 DISEMBER 2021. Tugas tuan juga tertakluk
kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan dalam perjawatan dan perkhidmatan
sepanjang tahun 2021.
4. Pihak sekolah berkeyakinan penuh bahawa tuan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan ini dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dan kesanggupan tuan menerima pelantikan ini amat dihargai
dan disanjung tinggi. Semoga tuan dapat melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti dan iltizam yang tinggi untuk
kecemerlangan dan kesejahteraan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Kluang.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
................................................
FARIDAH BINTI ABD WAHAB
Pengetua
SMK Taman Seri Kluang,
86000 Kluang, Johor
v

