Page 9 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 9

Buku Pengurusan SMK Taman Seri Kluang 2021

                                             SURAT AKU JANJI GURU


          Saya, ....................................................................................., Kad Pengenalan No. ................................................  beralamat
          di...........................................................................................................................................................................................................
          ..............................................................................................................................................................................................................
          dengan  sesungguhnya  berjanji  bahawa  saya  akan  mematuhi  peraturan-peraturan  Pegawai  Awam  (Kelakuan  dan  Tatatertib)
          1993,  Perintah-Perintah  Am,  pekeliling  dan  surat  pekeliling  serta  apa-apa  peraturan  dan  arahan  lain  yang  dikeluarkan  dan
          dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan. Maka dengan itu
          saya  berjanji,  sebagaimana  yang  dikehendaki  di  bawah  peraturan  4  Peraturan-Peraturan  Pegawai  Awam  (Kelakuan  dan
          Tatatertib) 1993 bahawa saya :

          i.  Akan sentiasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Bersubahat dengan musuh negara
                 2)  Membocorkan rahsia kerajaan
                 3)  Memburuk serta memperkecil dasar kerajaan
                 4)  Berlakon dalam filem yang memburukkan negara

          ii.  Akan  sentiasa  melaksanakan  tugas  dengan  cermat,  bersungguh-sungguh,  cekap,  jujur,  amanah  dan
              bertanggungjawab
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Tidak jujur dan amanah
                         a)  Tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
                         b)  Membuat tuntutan palsu
                         c)  Tidak melaporkan hutang-piutang
                 2)  Tidak bertanggung jawab
                         a)  Menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
                         b)  Bercuti semasa perkhidmatannya amat diperlukan
                         c)  Tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya

          iii.  Tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
                 2)  Mengutamakan  saudara-mara,  rakan-rakan  atau  orang  yang  rapat  dengannya  semasa  menimbang  sesuatu
                     permohonan
                 3)  Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai maklum balas antara mereka yang mengemukakan tender/
                     sebut harga terdiri daripada saudara-maranya

          iv.  Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas
              awam
                 Contoh pelanggaran;
                 1)  Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan
                     daripada tugas rasminya
                 2)  Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau individu
                 3)  Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya
















                                                             vi
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14