Page 104 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 104
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
Bertanggungjawab Kepada Pengetua dan Penolong Kanan Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara
Berikut
1. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD
serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:
a) Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen
dan aksesori ICT.
b) Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama1 Di Dalam dan
peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb.
c) Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address,
Gateway, Modem dsb
d) Help-desk dan 1 Level Support
st
e) Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang diakukan oleh
pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
2. Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pem-
belajaran.
3. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah
4. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur
keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah ser-
ta MAMPU
5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk
aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SBT dsb
6. Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer
yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal
kepada pihak pengguna.
7. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa
PEMBANTU MAKMAL C22/C19
Tugas Harian
a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu
makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang
pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :
i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan
ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik
iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains
iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua
n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan,
kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan
Matematik atau Pengetua.
71

