Page 105 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 105

PEMBANTU MAKMAL C22/C19
         o.  Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
         p.  Mencuci peralatan sains yang kotor.
         q.  Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
         r.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

         Tugas Semasa Cuti Sekolah

         a.  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok.
         b.  Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
         c.  Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika
         perlu.
         d.  Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.
         e.  Menghasilkan air suling.
         f.  Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
         g.  Mengecas dan discas akumulator.
         h.  Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.
         i.   Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
         j.   Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
         k.  Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput
         tarikh.
         l.   Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
         m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
         n.  Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang
         baru diterima.
         o.  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
         p.  Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
         q.  Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.
         r.    Memeriksa,  menyelenggara  kemudahan  makmal  termasuk  perabot,  bekalan  elektrik,  air  dan  gas.  Jika  berlaku  sebarang
         kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
         s.  Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
         t.  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.

         Tugas - Tugas Lain

         a.  Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu
         pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
         b.  Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains
         dan Matematik / Ketua Panitia.
         c.  Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik
         sahaja diterima daripada pembekal.
         d.  Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.





















                                                             72
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110