Page 56 - PowerPoint Presentation
P. 56
b. Mengapakah orang Melayu bangkit menentang Malayan Union? 4 markah
F1 Penjajahan secara mutlak oleh kerajaan British
F2 Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik
F3 Menjadi ahli Majlis Raja-Raja
F4 Hanya membincangkan soal agama Islam/adat istiadat
F5 Membantah cara MacMichael mendapatkan persetujuan Sultan
F6 Menggunakan ugutan dan paksaan
F7 Mengugut untuk tidak mengiktiraf Raja-raja Melayu yang enggan menurunkan tandatangan
F8 Menentang kewarganegaraan prinsip Jus soli
Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union merupakan penjajahan
secara mutlak oleh kerajaan British bukan berbentuk naungan sebelum perang dunia yang kedua.
Dalam Malayan Union, Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik. Sultan menjadi
ahli Majlis Raja-Raja dan hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
sahaya.
Selain itu, orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana membantah cara Mac
Michael mendapatkan persetujuan Sultan. Mac Michael menggunakan ugutan dan paksaan
terhadap raja-raja Melayu. British mengugut untuk tidak mengiktiraf Raja-raja Melayu yang enggan
menurunkan tandatangan perjanjian Malayan Union.
Akhir sekali, orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana menentang
kewarganegaraan berasaskan prinsip Jus soli iaitu kewarganegaraan yang mudah

