Page 60 - PowerPoint Presentation
P. 60
d. Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union dilaksanakan?
6 markah
Sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan besar kemungkinan sistem
Raja Berpelembagaan tidak akan terpakai kerana sistem Republik kemungkinan
dipekenalkan seperti yang berlaku di Singapura dan Indonesia.
Selain itu, masyarakat Melayu atau Bumiputera lainnya tidak akan dapat
mengecapi keistimewaan sebagai penduduk asal negara ini kerana kerakyatan
jus soli yang diberikan kepada masyarakat pendatang pada ketika itu akan
dilaksanakan.
Seterusnya, besar kemungkinan Islam bukanlah agama yang diangkat
sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu tidak akan diangkat sebagai
bahasa kebangsaan negara. Tambahan pula, Raja-Raja Melayu akan hilang
kedaulatan dan terpinggir seperti yang berlaku di Indonesia dan India.
Rumusan yang dapat dibuat, semuanya akan berubah sekiranya Malayan Union
dilaksanakan. Oleh itu menjadi keperluan kepada seluruh rakyat Malaysia
menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan memelihara keamanan dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Kita juga seharusnya bersyukur kerana
perjuangan tokoh terdahulu Berjaya menghapuskan Malayan Union

