Page 61 - PowerPoint Presentation
P. 61

2. Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.



             a. Mengapakah Charles Vyner Brooke berbuat demikian?




                 F1 Masalah perwarisan tahta



                 F2 Desakan kerajaan British


                 F3 Masalah kewangan



                          Charles Vyner Brooke berbuat demikian kerana masalah perwarisan tahta. Vyner Brooke

            tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikan tempatnya sebagai raja, sedangkan beliau

            semakin tua dan uzur. Vyner Brooke enggan melantik anak saudaranya Anthony Brooke (anak

            Bertram Brooke) untuk menggantikannya.

                           Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke memberikan kuasa yang lebih luas

            kepada British untuk meluaskan penguasaannya di Sarawak. Dengan menjadikan Sarawak

            sebagai tanah jajahannya, British dapat menguasai kekayaan ekonomi dan menjaga kepentingan

            pelaburan British di negeri itu.

                          Seterusnya, V Charles Vyner Brooke berbuat demikian kerana menghadapi masalah

            kewangan untuk memulihkan Sarawak selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua. Ekonomi

            Sarawak terjejas, lombong minyak musnah dan ladang getah juga terbiar. Kemudahan

            pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang juga perlu dibaiki. Vyner Brooke tidak

            mampu untuk membangunkan negeri Sarawak semula.
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66