Page 58 - PowerPoint Presentation
P. 58

c. Bagaimanakah cara orang Melayu menentangan Malayan Union?                                                                               6 markah

                    Orang Melayu menzahirkan penentangan mereka terhadap Malayan dengan menggunakan


     akhbar Melayu. contohnya seperti akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Malaya. Akhbar ini

     menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menolak gagasan Malayan

     Union.

                   Selain itu, Orang Melayu menzahirkan penentangan mereka terhadap Malayan dengan

     menghantar surat bantahan kepada Kerajaan British di London. Mereka menyatakan bantahan

     terhadap Malayan Union dan menyeru Raja-raja memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan

     Union.

                   Seterusnya , Orang Melayu menzahirkan penentangan mereka terhadap Malayan dengan

     cendekiawan mengemukakan bantahan terhadap Malayan Union dengan pelbagai strategi.

     Mereka telah menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union. Contohnya seperti Dato’ Onn

     Jaafar, Za’ba, Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Hamzah Abdullah

                   Disamping itu , Orang Melayu menzahirkan penentangan mereka terhadap Malayan dengan

     menggunakan persatuan-persatuan                                            Melayu seperti SABERKAS, Persatuan Melayu Kedah,

     Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor. Persatuan-

     persatuan ini telah menghimpunkan orang Melayu membantah Malayan Union. Mereka juga

     menubuhkan atau mengaktifkan semula persatuan-persatuan Melayu. Persatuan-persatuan ini telah

     bekerjasama dengan Sultan mengadakan bantahan di Kelantan, Kedah dan Johor.

                   Akhirnya, Orang Melayu menzahirkan penentangan mereka terhadap Malayan dengan

     mengadakan Kongres Melayu. Kongres Melayu pertama diadakan di Bangunan Kelab Sultan

     Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur. Dalam kongres ini telah bersetuju menubuhkan UMNO untuk

     menentang Malayan Union. Kongres Melayu Kedua diadakan di Istana Johor pada 11 Mei 1946
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63