Page 63 - PowerPoint Presentation
P. 63
Rakyat Sarawak menentang penyerahan tersebut kerana bercanggah
dengan Perlembagaan 1941. Dalam perjanjian ini, Vyner Brooke berjanji
akan memberikan kerajaan sendiri kepada Sarawak. Penduduk Sarawak
akan dibimbing untuk mentadbir negeri mereka. Penyerahan Sarawak,
menafikan hak rakyat Sarawak untuk mendapatkan pemerintahan
sendiri.
Vyner Brooke mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke. Vyner
Brooke membuat keputusan tanpa berbincang dengan Anthony Brooke
dan Bertram Brooke. Golongan penentang mahu memulihkan
pemerintahan Dinasti Brooke supaya mudah menuntut kemerdekaan.
Gerard T. MacBryan menggunakan pelbagai muslihat seperti
tekanan, desakan, pujukan dan sogokkan untuk mendapatkan persetujuan
daripada ketua tempatan.

