Page 4 - DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
P. 4

DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47




                1.0 PENGENALAN



               PIBG  adalah  satu  penubuhan  yang  diceburi  secara  sukarela.  AJK  yang  dipilih  perlu
               menitikberatkan  ciri-ciri  keikhlasan,  pengorbanan  masa,  wang  ringgit  dan  tenaga.  Fungsi

               PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar
               di  sekolah  tersebut.  Selain  itu,  PIBG  berperanan  mencari  sumbangan  dari  ahli  dan  orang

               ramai samada berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah para pelajar. PIBG yang

               ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di
               sekolah  berkenaan.  Permuafakatan  seumpama  ini  diharapkan  dapat  membina  kesefahaman

               tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran

               guru-guru  dan  pembelajaran  murid  di  sekolah,  selain  mempertingkatkan  kerjasama  dan
               perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.


                       Peranan  PIBG  yang  berkesan  adalah  dapat  membantu  sekolah  mempertingkatkan

               kejayaan  murid  dalam  peperiksaan  yang  diduduki.  Keupayaan  PIBG  membantu  sekolah

               meningkatkan  kecemerlangan  akademik  akan  dapat  menaikkan  nama,  imej  dan  identiti
               sekolah terbabit. Program seperti seminar dan kem motivasi untuk pelajar di setiap sekolah

               adalah  program  yang  boleh  dilaksanakan  PIBG  kerana  dapat  memberi  kesedaran  dan
               semangat kepada murid untuk terus belajar dan berjaya. Ini dapat mengurangkan gejala salah

               laku  murid,  di  samping  dapat  melahirkan  generasi  muda  yang  berdisplin  dan  bersahsiah
               tinggi. Kejayaan PIBG itu terletak kepada sokongan padu ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa tidak

               sepatutnya memandang remeh terhadap mesyuarat PIBG yang diadakan di sekolah anak-anak

               mereka belajar. Ibu bapa harus sedar bahawa mesyuarat PIBG diadakan bertujuan menambah
               baik  sistem  pengajaran,  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (pdpc)  di  peringkat  sekolah,  di

               samping mempertingkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.


















               4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9